"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Sunday, August 19, 2012

Pelangi @ 1 Syawal 1433H

Pelangi muncul selepas hujan. Benar lah begitu..

Sudah sekian lama awan tidak menitiskan air matanya. Alhamdulillah petang 1 Syawal hujan turun juga akhirnya. Walau pun hujan turun menyegarkan alam, namun sang suria masih memancarkan cahayanya.

Kemunculan pelangi nan indah mulanya tidak disedari hinggalah kakak ipar menegur.

"Eh ada pelangi la," ujarku sambil menuding jari ke arah pelangi. "Double rainbow lagi," sambung kakak ipar pula.Memang benar ada satu lagi pelangi tingg sedikit dari pelangi yang Sha lihat. Cuma warnanya sedikit pudar.

"Jangan tunjuk dengan jari, nanti jari kudung. Pelangi yang ada dua tu biasanya sepasang," kata mak.

Sha senyum je..

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim